Saturday, February 23, 2013

Kenapa aku.......

Assalamualaikum......

Kenapa aku berniaga?
Tak cukup lagi ke gaji makan gaji?Persoalan yang sering ditanya oleh kawan-kawan. Meh cheq habaq sikit. Aku berniaga bukan sebab tamak duit, tapi sebab AKU SUKA. Nak ikutkan untung tak de lah banyak mana, tapi berniaga untuk mengisi masa lapang. Penat memang penat, coz balik kerja terus nak kena prepare bukak stall kecil molek tu. Aku berniaga 3 jam je kot sehari. So, tak de hal la. Lepas berniaga, terus terbongkang. Nikmat tido time penat. Pengsan tak sedar apa..hohoho

Berniaga Char kuew tiaw ni, simple je. Aku mengaku aku memang dah tak boleh telan makanan ni. Bau pun rasa nak pitam. hohohoho tapi entah lah, memang seronok berniaga. Mula-mula dulu memang malu nauzubillah bila ada customer. Rasa nak masuk kan muka dalam kuali. Tapi lama-lama rileks je. Time tak xde customer, ko duduk la melangok, time sorang dah beli, berderet-deret mai. Time ni toksah kata, nak bersilat, nak berkungfu pun ada..hohohoho

Bukan senang nak jadi senang. Duit banyak mana pun kau ada, tak pernah nak cukup. Tapi bagi aku, berniaga ni ala-ala side income. Semua benda aku nak, akan aku usaha dapatkan. Bukan hanya menadah tangan tunggu duit dari langit. Ada sesetengah manusia, hanya mengharapkan bantuan, lepas dapat bantuan, ko punya tak bersyukur memang class bedah. Dok pertikaikan itu ini. Hello, ko nak something, usaha sendiri la. Mana ada orang kaya dalam dunia, duduk diam tanpa usaha. Perompak yang kaya pun, kena usaha tuk plan macam mana nak merompak..Usaha juga tu kan.

Aku berniaga, buat aku tau macam mana susah nak cari duit. Nak beli something tuk diri pun, aku akan pikir 'Ini perlu or boleh di tangguhkan'. Priority akan diberikan mana yang perlu. Branded? tak perlu. Membazir. hohohoho Aku dah cakap, aku berniaga just side income. So, kalau aku balik kerja lambat, aku memang tak bukak stall. Tak akan paksa diri kalau dah tak larat. Pasal main income aku still makan gaji..hohohoho

yang pasti, Berniagalah dan korang akan tau nikmatnya dan betapa besh nene berniaga ini....

Monday, February 4, 2013

..............

Dia..
insan pertama mencuri hati ini. Hadirnya sebagai teman berbicara, teman ilmu, dan teman gelak ketawa.

Dia..
tiada apa yang istimewa dariku untuk di mengerti olehnya. Berlalulah dia sepanjang masa sebagai teman tanpa ada rasa sesuatu.

Dia..

jauh semakin jauh dan jauh. Belajar untuk terima sememangnya dia jauh dari hati ini.

Dia..

telah jumpa separuh hidupnya. Senyuman tidak lekang, gelak ketawa mewarnai hari-harinya. Hati ini juga gembira melihatnya.

Dia..
datangnya sebagai teman, berlalunya juga sebagai teman..

بارك الله لكما وبارك عليكما   
             
                         
                                                                                       

Sunday, January 27, 2013

Kamu ...........

Assalamualaikum..........

Kamu. Iya kamu....Manusia yang tak reti nak bersyukur. Setiap inci dan benda di atas muka bumi ini kamu pertikaikan...Kamu inginkan kesempurnaan, tetapi dirimu itu belum tentu cukup sempurna untuk terima semua kesempurnaan.....


Kamu. Iya kamu lagi...Manusia yang meludah kelangit dan terkena kembali ludah itu...Hebat berbicara mengenai agama dan keadilan, tetapi diri kamu itu belum tentu sempurna agamanya dan berlaku adil pada sesama manusia.....Tiada agama yang mengajar untuk berprasangka buruk, tapi kamu .........

Kamu. Siapa lagi jika bukan kamu..Manusia yang hanya menadah tanpa mahu berusaha. Kamu mengimpikan bulan dan bintang seperti orang lain. Adakah kamu termakan kata-kata 'Bulan jatuh ke riba' tanpa ada usaha?? Orang lain mendapat bulan dan bintang dengan usaha, tapi kamu, hanya menadah dan terus menadah umpama peminta sedekah...Usaha selagi ada kudrat..

Kamu. Kamu dan kamu...Manusia yang hipokrit. Menghentam dan mencanang sana sini buruk itu buruk ini. Tapi 'si buruk' itu lah yang menolong kamu untuk hidup bahagia dan aman. 'Si buruk' itulah mengerahkan idea dan tenaga untuk kamu dan semua. Tapi kamu ............

Kamu. Kamu tiada yang lain..Sedarlah tiada manusia sempurna, tiada manusia yang boleh lari dari kesilapan dan tiada manusia yang dalam sesaat tidak reti bersyukur selain KAMU.....Jika kamu rasa kamu terlalu PERFECT, biarlah PERFECT hanya kepada-NYA..Usah dicanang sana sini untuk meraih populariti....

Kamu. Itu sahaja coret untuk KAMU......

Monday, December 24, 2012

Bajaj Ohooii Bajaj


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.


Bajaj
Bajaj??Apa itu Bajaj..Gambar kat atas ni lah Bajaj..Nak story pengalaman naik mende alah ni dekat Jakarta. Den 2 minggu lepas poei lah Jakarta pasal ada wedding member. Short visit gitu ...Puih poyo sangat short visit. Dah nama pun Short visit, so tak de lah merayap mana-mana. Sabtu petang lepas sampai Grogol, Jakarta, pergi merayap dekat 3 orang member. Sekali time nak balik tu, mulut aku ni menggatal cakap ' ada berani naik mende ni tak'..Apa lagi, terus member tu tanya kat orang tu, berapa JUTA (kaya sangat rasanya duduk sana). Sekali orang tu cakap 15 ribu Rupiah je. hohohoho convert la sendiri berapa hengget ok.
So, ambil 2 bajaj. 1 bajaj muat 2 orang je. Weiii belum tutup pintu (antik ok pintu dia), dah jalan mende ni. 


Sebaik bapak drebar ni peramah. Dia tanya, dekat Malaysia tak ade kan..Aku pun cakap lah, enggak ada pak..sekali mulut aku ni rajin nak interview,

aku: minyak nya di mana mau tekan?
bapak drebar: press aja ini (sambil tunjuk dekat tangan), sama saja dengan motor
aku: brek nya di mana pula?
bapak drebar: brek di kaki.....

Senang aja ya mau bawak. Tapi sumpah, dalam tu aku dok baca doa manjang. Weiii hebat dia zuppp zappp zupp zappp menyelit. Siap masuk jalan bertentang arah. Ko mampu? dah lah duduk dalam tu gegar satu badan.....Tapi memang besh. Kalau nak naik lagi, kena pakai mask. Berdebu....Siap senget sebelah pasal dia lanjan langgar divider!!!!Oh my English!!!!!!Masa nak naik tu, dah cakap dengan bapak tu, ikut bajaj depan (member aku), sekali bila dah masuk area kawasan tempat kita orang stay, dah lost. So, aku cakap dengan bapak tu, tak pe, stop je dekat sini, kita orang jalan pasal rasanya dah tak jauh... Bila dah turun, sudah.................................................aku ngan member aku blur..mana nak pergi..wuhahaha tak tau arah..

Tup tup tup, tengok bapak tu datang balik, dia pusing balik and panggil kita orang.. dia suruh naik balik pasal dah nampak bajaj lagi satu. So, naik balik la..Ohhh terharu nya aku dengan bapak ni. Baik sungguh, sanggup pusing balik ambil kami. Sekali jauh lagi wei nak ke apartment tempat kita orang stay tu. huhuhu.. So, bila turun, aku hulur lagi 10 ribu rupiah kerana kebaikan bapak drebar. Memang tak banyak mana 10 ribu tu, dalam RM3 lebih duit kita, tapi bagi mereka, memang banyak. Siap ucap terima kasih berulang-ulang kali..  :-) kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita...So, tu je nak story..Bajaj oohh Bajaj. Awesome walaupun gegar satu badan....

Sunday, September 2, 2012

Dog Whisperer

Assalamualaikum Malaysia.. Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Well aku kalau bab kenegaraan ini, semangat sungguh. Almaklumlah aku pencinta keamanan, pencinta kedamaian, pencinta lelaki dan segala-segala pencintalah.. Kali ni aku bukan nak post pasal Merdeka, tapi pasal Dog Whisperer.

Apa jadah cik jemah ni nak cerita pasal anjing..harem no no cannot touch hokey..Pernah tengok tak dekat astro rancangan ni. Fuhh respect toi toi kat Cesar Milan ni. Sapa Cesar Milan? Adakah beliau:

a. adik beradik Marsha Milan Londoh
b. pemilik AC Milan
c. pemilik Inter Milan
d. orang pertama jumpa Milan, Italy

Hahahaha sapa yang pick salah satu jawapan kat atas tu, tak tau den nak kata apa. Maybe tahap kebiolan anda amat kritikal dan perlukan bantuan. Click sini kalau nak tahu sapa dia Cesar Milan ni. Handsome ke Cesar ni?? Bukan nak cerita pasal ensem or apa, tapi nak cerita pasal hebat dia dalam melatih dan memulihkan anjing.
Ko bagilah macam mana agresif or pasif anjing tu, dia boleh tolong untuk memulihkan anjing tu balik.

Episod yang aku tengok tadi, pasal anjing rottweiler bernama Apollo. Boleh pula aku meleleh tengok pasal anjing ni. Dush dush cik jemah ni emosi banyak hokey kalau tengok tv. Apollo ni anjing kat pusat peliharaan anjing terbiar dan amat agresif. Dia (boleh guna ke pengganti nama Dia tuk binatang???) agresif bila dekat dengan lelaki dan seorang budak perempuan berumur 16 tahun yang juga volunteer dekat pusat tu amat baik dengan anjing ni. Tapi budak ni buntu dan tak tau macam mana nak buat coz Apollo ni akan di hapuskan pasal terlalu bahaya. Untuk pengetahuan korang, di US memang undang-undang mereka untuk bagi injection mati untuk mana-mana anjing yang bawa penyakit dan agresif yang boleh mendatangkan kemudaratan pada manusia. Di Malaysia, aku tak sure pula. Maybe sama. Nanti den buat research pasal ni hokey.

Pendek kan cerita, sehari sebelum hari penghapusan Apollo, budak perempuan ni bawak Apollo ni pergi audition (ko bajet manusia je ado audition melalak, terkinja-kinja, hanjeng pun hado ok..kelass ko hanjeng ) dan terpilih untuk Cesar latih. Memang ambil masa berbulan nak latih Apollo pasal maybe dia ada bad history dengan owner dia, kena dera yang buat dia takut dengan lelaki. Weiiii binatang ada perasaan cuma tak da akal je. Opkos la Apollo pun tahu makhluk yang suka mendera dan jadi takut. Selepas beberapa bulan perit jerih melatih, tiba masa tuk Apollo cari owner baru, dan masa dlm pemulihan Apollo ni gila kamceng dengan anak Cesar yang baru umur 13 tahun..So, Cesar bagi Apollo ni sebagai hadiah pada anak dia tu...Part ni tacing weiiii.Anak Cesar tu baru keluar pintu, Apollo ni da kejar manja. Fuhh meleleh aku tengok. Walhal tacing sikit je tapi aku je poyo..Hati ku di Harajuku, nak buek camno.. Nak detail kisah ni, click website sini...

Apollo

Memang tak comel anjing ni, tapi kisah Apollo berjaya buat aku menangis. Sob sek sob sek tisuuu plzzzzzzz



Sunday, August 19, 2012

Mestilah Pasal Raya

Assalamualaikum.......

Selamat hari raya. Huhuhu pembuka bicara dengan ucapan selamat gitu. Kelassss sangat cik Jah!!
Dah kata, bulan Syawal, apo laei nak di post, mestilah pasal raya. Walaupun pada hakikatnya aku ni amatlah tidak bersemangat nak raya..Kenapa??Mana aku tau. Kalau aku ni ada kuasa macam doraemon, aku skip kan je bulan Ramadhan ke Zulkaedah. No more Syawal. Sebaek lah aku tak ada kuasa tu kan..*mukadenganpenuhfrust*....Sebut raya, mesti ada duit raya. Bukan aku yang dapat, tapi aku yang kena bagi..Pitammmmmm cik Jah....cekidout gambar duit raya sebahagian yang aku dah pack....


Disebabkan tahun ni raya jatuh tengah bulan + dengan aku baru melompatkan diri ke kerja baru, oleh itu sebarang pengeCUTan adalah disengajakan. Korang tengok mana yang sampul hijau-hijau tu telah mengalami proses pengecutan yang kritikal. Kaler biru mantain coz bagi makcik-makcik. Sampul Harimau Malaya juga tidak mengalami sebarang proses pengecutan. tapi ada gak aku cut...wuhahahahahahah Siapakah yang dapat sampul hijau? Kesian la korang... hado aku kisah..*lompatbintangseplohkali*

Gambar raya? Oh noo. Tak kuasa cik Jah nak tayang. No no publisiti untuk tontonan umum. Bajet haku orang famus amus gitu. Off topic pasal gambar raya. Meh aku nak show off sikit gambar kasut raya aku. Kasut ke????

                                                        kasut?????Slipar lah dol

Tadaaaaa tu dia aiiiii den punya kasut selipar raya. Ko tengok betapa osom nya aku memilih barang 2 in 1.
Ko pakai baju kurung pun boleh pakai dan pakai jeans pun boleh. Sempoiii betui ko cik Jah. Dah berapa tahun ni lah dia kasut selipar raya aku....Haku tak suka lah nak beli kasut-kasut ni. leceh. Motif nak beli kasut??bukan ko beraya masuk rumah pakai kasut pun kan..kan...Tapi tahun ni, ini barang harga sudah naik la aciii RM1. Dulu 13.90 je kot. La ni dah naik RM14.90..homaigot. Pitam...Selipar pun naik gak..puihhhhhhhhhh...Mak aku pun dah tak kuasa nak tegur kalau aku pakai selipar. Ya ampun ya mak, anak mu ini terlalu sempoi.......wuhahahahahaahha

Lagi apo aku nak story??Cukup Cukup sudah dulu lah....Nanti den kasi sambung lagi. kalau ado la..Astalavestabebeh...




Sunday, August 12, 2012

Ruang Privasi


Gitu sekali, stress punya pasal. Sampai tercacak-cacak rambut kau Jenab!!! Time tengah serabut + stress, 
aku rasakan aku amat memerlukan ruang privasi tanpa kehadiran siapa-siapa. Selalu je dengar dalam drama-drama omputih 'I want to have my own space'. Kelassssss kau Jenab speaking. Puihhhhh..
Bukan apa, ruang privasi penting untuk cool kan balik diri kita. So, dalam keadaan sorang-sorang, tanpa ada gangguan barulah reda segala tok mak nenek masalah..........Tu je nak cerita..Chow...


Monday, August 6, 2012

Traffic Jam dan Kuala Lumpur

Traffice Jam dan Kuala Lumpur memang tidak boleh dipisahkan lagi. Lagi pulak time puasa. Damn teruk. Hari ni Nuzul Quran dan Selangor cuti...Memang Jem nene la kan KL.
Gambar ni aku snap on the way masa balik kerja menuju ke Putra LRT. Aku rasa macam nak melompat + menjerit bagi tau orang yang tengah stuck dalam jem tu 'Padan Muka hangpa'...

Aku sebelum ni, tiap-tiap hari dok harung jem dekat Jalan Kinabalu menuju ke Jalan Sultan Ismail. Nightmare sungguhlah. Suppose 15 minit boleh sampai, tapi atas sebab yang tak dapat dikenalpasti punca jem, aku boleh stuck dekat 1 Jam. Dalam sejam tu, macam-macam lagu aku dah karaoke sorang-sorang dalam kereta. Bukan takat karaoke, siap berangan yang tak logik...Fuhhh memang hazab.Sekarang ni, tak perlu dah aku nak harung jem, naik train sudah!!!!Yippi Yippi. Jimat minyak.............Yippi Yippi lagi....Berlagak nauzubillah betul..hahahahaha

Tuesday, July 31, 2012

3 Tahun

Bunyi macam aku ada masalah besar dalam bekerja. Siapa yang suka bertukar-tukar kerja. Sumpah korang tanya pada sesiapa pun, memang tak akan ada yang suka. PENAT hokey lompat-lompat kerja ni. Just nak share kenapa aku SUKA lompat kerja. So, ni dia sebab kenapa aku lompat dalam tempoh 3 tahun ni.


1/10/2009 - 17/08/2011 : xxx xxx Malaysia Sdn Bhd
Company France yang business-nya adalah shipping container company. Memang big-big-big company. Aku masuk sebagai fresh graduate a.k.a management trainee. Sumpah environment kerja dekat sini memang aku LIKE terutamanya member-member kerja. Until now, aku still contact dan lepak (sesekali jumpa meriah hokey). Work load? Normal lah kerja bertimbun tapi terpulang pada cara korang manage. Kerja hampir 2 tahun tapi satu keputusan yang sukar dibuat demi masa depan. Keputusan untuk berhenti disebabkan gaji yang ciput. Duduk KL, nak survive dengan gaji yang dapat dekat sini, memang langsung tak mencukupi. So, setelah 2 tahun bekerja, aku melompatkan diri ke ....................................

18/08/2011 - 20/07/2012 : XXX International Malaysia Sdn Bhd
Company US yang business-nya adalah IT. Kalau boleh rasa nak Ctrl+Alt Delete pengalaman lepak dekat company ni. Environment yang penuh dengan budak-budak muda seperti aku. Memang position dekat sini ok tapi sesungguhnya position tak menjamin apa-apa. Nothing + zero selama aku kerja hampir setahun dekat sini. Knowledge + experience = zero. In term of money, memang mewah. Tapi apa guna duit kalau ilmu kita tak dapat. Actually, sehari lepas masuk, aku dapat rasakan aku tak akan stay lama dekat sini. The worst experience in my life. Lepas tu aku lompat ke..........................

23/07/2012 - present : xxxxxxxxxxxx xxxxxxxx Services Sdn Bhd
Company Ausie yang business-nya adalah more on energy sources. Baru 2 minggu masuk, so far still ok pasal kerja still belum masuk dan country still belum go-live. Amat dekat dengan rumah dan kali ini really hope boleh stay lama dan lama dan lama. Kembali buat AP. Oh yeah. Aku enjoy buat AP. So, cekalkan hati dan stay lama hokey di sini. Insyaallah.

p/s: wa bukan suka-suka mau jump jump macam katak hokey.......

Sunday, July 22, 2012

Allah segalanya


'Kenapa hati orang Islam kena KUAT?'

kerana orang Islam ada ALLAH.
kerana orang Islam percaya pada ALLAH
kerana orang Islam bergantung harap pada ALLAH
dan kerana orang Islam sentiasa yakin pada ALLAH...

dan.....

bila hati ada ALLAH, 
yakin, percaya dan bergantung kepada DIA, 
YANG MEMILIKI dan MENENTUKAN
segala-galanya,
bagaimana mungkin,
hati orang Islam rapuh dan lemah?




Saturday, July 21, 2012

Berakhir sebuah penantian


Sunday, July 15, 2012

Unfold


You deserve to be with somebody you happy. As a friends, my Doa always with you...



-hurt-

Saturday, September 17, 2011

Apa lagi?

Assalamualaikum .............
"Dont ask what your country can do for you, ask what you can do for your country"
Tiba-tiba ter'copy' kata-kata JFK untuk post kali ini. Kenapa? Kenapa? Jawapan mudah, kerana ramai penduduk Malaysia sekarang umpama tidak bers yukur dengan apa yang telah ada di bumi bertuah ini. Sering kali tidak puas hati dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan walhal mereka ini tidak sedar, adakah mereka ada menyumbang sesuatu kepada negara?
Aku mengaku kerajaan sekarang adaa kelemahan yang perlu dibaiki tetapi apa yang telah diberikan, cuba seminit untuk ucapkan syukur. Ramai yang memandang sinis Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Mereka mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk rakyat. Memang buta pihak-pihak ini. Kita bukan Jepun, setiap barang dan perkhidmatan dikenakan cukai 5% dan kebajikan rakyat Jepun memang tip top. Sebab?? Wang cukai yang dibayar tinggi bagi menampung kebajikan rakyat mereka. Jika Malaysia melaksanakan sistem begitu, confirm ada pihak yang melompat. Baru cukai topup naik 6% pun sudah melatah. Cuba cari inisiatif jika barang naik, di pihak kita cuba mengawal perbelanjaan.
Harus di ingat, kita negara ISLAM yang sering dip andang oleh negara barat untuk mengambil kesempatan merompak negara kita. Lihat apa ya ng terjadi di Mesir, Iraq, Syria dan beberapa arab di timur tengah. Pergolakan politik dijadikan alasan kukuh untuk negara Uncle Sam merompak semua hasil negara itu. Seringkali aku berdoa agar Malaysia tidak sampai ketahap itu. Jika s ampai tahap itu, mungkin bangsa kita baru bersatu tetapi rasanya sudah terlambat.

Ada yang mengatakan kerajaan Malaysia sekarang DIKTATOR. Cuba fahami apa maksud diktator. Salah satu kepimpinan diktator adalah memiliki kuasa melalui kekerasan. Malaysia menjalankan pemilihan pemimpin melalui pilihanraya yang dibuat oleh rakyat sendiri. Ada yang mengatakan pilihanraya di Malaysia tidak telus. Saban tahun isu ini dibangkitkan sehingga wujud BERSIH. Pikir sendirilah bagaimana yang dikatakan tidak telus walhal di setiap pusat mengundi akan ada setiap wakil bertanding, dan semasa pengiraan undi juga wakil bertanding duduk tercongok...Kembali pasal diktator...
kalau hendak lebih jelas, aku sarankan korang tonton 'Don't tell my mother'. Dokumentari oleh seorang pemuda yang menjelajah keseluruh pelusuk dunia untuk melihat negara dengan lebih dekat. Cari episod ketika di North Korea. Tonto
n sampai habis dan mungkin korang akan jelas bagaimana kepimpinan diktator.

Ada kesempatan, cuba pergi Indonesia dan lihat bagaimana kehidupan rakyat disana. Terutama agama kita. Bukan apa orang Malaysia sudah terlalu selesa kerana semua benda 'disuap' dan terlalu manja. Lihat bagaimana majoriti rakyat disana hidup. Pergi dan lihat sendiri.
Akhir sekali, aku terlupa quote ini di copy dari website ma na. Tetapi cukup penting untuk dihayati. Selamat Hari Merdeka Malaysia. Tanah Tumpahnya Darahku.
How often we fail to realize our good fortune in living in a country where happiness is more than a lack of tragedy.

Sunday, July 10, 2011

- Pejuang Wanita Ayu -

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh......

Macam mahu tergolek tertonggeng aku tengok gambar-gambar ni..Jadi, 'sharing is caring' kita lihat sedikit koleksi gambar-gambar 'Pejuang Wanita Islam' dalam menegakkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti...huhuhuhuhu

'kak, kenapa pegang-pegang ni, saya nak pergi usrah ni'

'bang, ayang on da way nak ziarah lokap, nanti abang tolong jemput ayang ye'

'ek ahhh ek aahhh ehhhh, senggol-senggolan cubit-cubitan..menyesal muda dulu aku tak pergi dangdut'
'Tinet Mutant Ninja turtle..tapi mana turtle aku yek..aku rasa cam blackwomen je'


Siti Ambigawati Binti Nik Anwar Aziz Ibrahim
'nanti saya akan convert to muslim ok. Kerana saya telah melahirkan ramai pejuang-pejuang wanita seperti diatas yang boleh membimbing saya..akhir kata, yennaa deii elek pochit'

Saturday, April 30, 2011

Dah Gila!!!!

Assalamualaikum....

Bila dah gila, memang duit pun tak berapa nak sayangkan. Tak kisah lah, bukan selalu buat perangai macam ni. Memang lepas gian kali ni rembat sampai 4 novel NB Kara. Bila bayar dapat pula percuma lagi 1 novel. So, 5 novel. Actually, plan beli 2 or 3 novel je, tapi bila dah masuk booth, memang dah pegang 3 novel, dia cakap ambil yang the latest ni coz still tak keluar lagi. Aha, apa lagi, rembat. So, novel yang telah dirembatkan oleh aku, 1- Dari kerana mata, 2- Sayang seorang Qaiser, 3- Ranting cinta si plato, dan 4- Sejam RM2.50...

Tu dia 4 novel...

Buy 4, free 1....

So, koleksi novel NB dah makin bertambah nampak nya..Memang aku suka.Paling yang amat aku suka novel HATI YANG LUKA. Perghh mantap jalan cerita dia. Tak berapa complicated and aku suka macam tu. Nie, nak mula baca Ranting Cinta Si Plato. Novel ni tiap kali kedai buku, asyik tak da ja. Tu tadi, masuk ja, aku pegang dulu novel ni. Aku gila...
So, ni dia koleksi NB yang aku ada setakat ini. Yehaaaaaaaaa


Novel penulis lain, ada gak tapi tak da nak post la. Banyak pula kang....Apa-apa hal, aku nak baca semua. Excited ni. Dah gila......

Sunday, April 3, 2011

Wadi Hadramawt

Korang mampu nak letak nama anak macam ini?Tak de maknanya.



Ok, relaks, chill chull choll chak chak. Kali ini, post akan ku ceritakan secara ringkas seringkas-ringkasnya mengenai restoran arab nie.Pada sesiapa yang memang suka makanan arab or perasan ada mix arab, bajet diri dah tak mampu nak telan makanan melayu, boleh lah mencuba ke restoran nie.

Wadi Hadramawt



Terletak di Jalan Ampang. Dekat dengan sangat dengan SAYFOL Int School.Tengoklah depan restoran pun dah menarik. Ingat owner dia Pak arab, sekali owner dia Pak melayu dah. Berkahwin dengan orang arab. Korang memang tak rugi untuk mengtrykan diri untuk menelan makanan arab nie.Marvelous!!



Menu dia banyak, dan banyaknya aku tak paham. Tapi paling aku suka Chicken Mandy. Bukan Ayam mandi ok. Check it out the menu!!!



Chicken Mandy




Gambar yang akak aku ambil, tak dan lagi nak upload.Busy memanjang lah katakan.

Paling best, Mint Tea..Memang kenyang ok. Penuh meja dengan makanan, tapi dalam sekelip mata, makanan tu hilang!!!!Terror tak piranha-piranha semua ni makan..


Ok, kepada anda yang hendak try, please make reversation before come, or else you have to wait and wait and wait. Bila dah buat tempahan, even you comes 5 minutes late, your reservation will be cancel.


Apa lagi, jom try!!!!

Monday, March 21, 2011

Bangga Ke?

Selamat petang..Yehoiiii, lagi 30 minit untuk 5.30 petang..Ada apa dengan 5.30 tu? Opcoz lah waktu untuk aku beramboss dari office yang ku cintai ini..Okey, back to the topic. Entry kali nie, semacam patriotik gitu..Nak kata Ogos, tak sampai lagi. Tapi kenapa minah nie semacam over? Lantak aku lah..La nie aku tengok, orang-orang kita dah kurang or maybe dah langsung tak da perasaan nie.. Tengok kat youtube sudey. Cha ya nun alif, berapa ramai yang suka suki nenek moyang diorang nak kondem Malaysia?Lepas sekor-sekor keluar berani nak expose kan diri.. Bukan Cha ya nun alif ja, orang kita pun sama. Perghh awat tah suka sangat nak banggakan negara lain. Nak kata diorang ni mix, aku tengok muka melayu asli. Perghh tapi keagungan kat negara lain tu, mau kalah rakyat negara tue sendiri.Apahal yek?? Tak bagus ke Malaysia nie? Personally, aku rasa syukur jadi warganegara nie. Kenapa? Kat negara lain ado ekau boleh merendek ngan aman??ado?yang ado kebabomm sana sini...Ado ekau mampu nak pakai kereta lepas habis belajar??ado??ado la kalau mak bapak ekau kayo..

Ado ekau tengah bantai terkangkang tido sekali katil berpusing-pusing??mana ada gempa bumi dekat sini.Ado??Ado??Ado??So, kalau tiada, angkat tapak tangan, cantumkan dan doa tanda bersyukur..

Tak salah kita nak memuja negara luar.Silakan tapi biarlah berpada-pada.Ingat ok, Malaysia negara yang sedang membangun bukan negara maju (teringat slogan KEDAH MAJU 2O1O, dah tercapai ke belum yek??).Kalau nama pun SEDANG, maksudnya dalam proses, so mestilah ambil masa. Alahai kak limah oiii..Tu la, dulu suruh belajar sungguh-sungguh, bantai bercintan cintun.La ni dah bebal sendiri. <----------- ayat EMO habis.


Last sekali, banggalah jadi ANAK MALAYSIA....tak usah malu atau segan.

Biarlah kita berpijak di dunia nyata ok. Yang suka kondem-kondem, cuba korang selak kamus hidup korang lama-lama, ada korang menyumbangkan apa-apa tak untuk Malaysia?Kalau ada,

cuba ambil penyukat, dan tengok banyak mana sumbangan tu. Yahooo...Adios.

Saturday, September 18, 2010

- Pengaduan Kepada ALLAH -

* ini adalah lagu nasyid zaman dulu kala.. tak silap aku masa aku masih sekolah..
so, la ni, aku gali balik lagu-lagu nasyid lama-lama yang syahdu sungguh*

-----------------------------------------------------------------------------------------
Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Friday, July 2, 2010

Susahnya Nk Faham!!!

Susahnya nak bg non-muslim faham dengan ISLAM..especially yg bukan dr MALAYSIA..
Kadang-kadang terfikir gak, orang MALAYSIA non-muslim sendiri pun x faham ttg ISLAM, inikan pulak bangsa asing yg country dia umat ISLAM x sampai 5% pun..
member aku budak VIETNAM & JAPAN, tp yg jepun ni mmg memahami psl dah matured kot, and
merantau jek keje dia..tp tang budak vietnamese ni, jenuh la wei..
aku tau dia free-thinker, and ak pernah tanya adakah dia x percaya pada kewujudan tuhan..
and dia jawab, dia x percaya pd tuhan and yg dia tau ada 'something' yg hebat psl mencipta semua...
ponink kepalo makcik..kalau berkawan ngan bukan ISLAM, jenuh nak menjawab..lagi plak aku ni bukan nya master, takat mana yg boleh di jawab, INSYAALLAH aku jawab....

budak vietnamese ni pelik bila aku puasa..and aku ckp aku 'fasting'..1st dia x paham..apa tu fasting..then aku terangkan skit ckp x boleh makan and minum sampai certain waktu...
muka dia terkejut...dan ayat yg keluar dr mulut dia 'CRAZY'.
ak hanya melemparkan senyuman termanis dan dia tanya lagi, kenapa perlu berpuasa??
jawapan aku mudah ja, aku jawab puasa salah satu perkara wajib dlm agama aku, yakni ISLAM..
then mulut dia lancar mengatakan 'Kenapa nk seksa diri sendiri dr x makan and minum'..
aku masa ni, agak2 panas la..ada yg nak kene pelempang ngan aku tp aku tersedar awal psl aku terpikir yg dia x berkawan ngan ramai orang ISLAM before ni...bila dia ckp cam2, kuarlah skit2 apa yg aku tau kebaikan berpuasa...itupun dia still mempersoalkan...ok stop sampai sini dulu psl puasa...

baru-baru aku p la tioman, mmg besh la kan..and si vietnamese ni duk sebelah bilik aku...
masa tu waktu asar, and ak tgh sembahyang ada owg dok bantai ketuk pintu...
bila habis sembahyang, dengan bertelekung, aku bukak la pintu..
mmg muka budak ni terkejut habis....dia ckp 'why you wear like this'...
aku jawab la aku baru habis solat...and dia tanya lagi mmg solat kenapa pakai camni ka??
and jawapan ringkas aku 'YES' and you must cover all your body...kang ak ckp psl aurat kang, mmg paham benor la kan dia tu...
and ayat yg terkeluar dr mulut dia 'WHY SO FUNNY'...
perghhh panas...tp dekat ngan pantai, sejuk kan..so cool la x de nak melenting...
aku ckp sepatutnya dia kene respect setiap agama..x boleh ckp funny ka, crazy ka dan sama waktu dengan nya....setiap agama ada cr berbeza and kene respect mende tu...
maybe dia paham kot...
persoalan yg seterusnya di utarakan oleh minah jepun ni psl dia tgk ada gak ISLAM yg x sembahyang..and dia tanya aku, WHY??
contoh yg terdekat aku bg senang ja, iaitu diri dia sendiri..minah jepun ni kristian and dia ckp ngan aku, dia x pernah p church...aku pun ckp, orang2 yg you tgk x sembahyang tu, mcm you la,,,ada agama tp cam x da agama..x buat apa yg telah di suruh...so, dia pun senyum jek..sonang koje makcik...ok stop gak psl sembahyang...

ARAK plak..dia ckp kenapa aku x minum...psl dia ckp time dia clubbing ramai ja orang mcm aku (ISLAM) teguk..bila aku dengar cam2, aku malu sendiri psl sedara seagama bangga meneguk air kencing syaitan tu..aku pun menjawab seringkas boleh..minuman tu lagi bawa keburukan and x nampak langsung kebaikan...ak tanya dia balik, pas minum apa dia rasa???
dia jawab mabuk and lupa diri....sometimes boleh muntah psl terlampau byk minum...
bila dia jawab cam2, ak pun tambah, dah tau akan jd cam2, kenapa still minum...and kalau aku minum, camne ak nak solat...
dr 4 rakaat, silap2 teguk air tu, ak wat 20 rakaat...ni jawapan yg mudah tuk bg dia paham...
dia ckp ngan aku, yg aku x enjoy hidup ni...
jawapan ringkas aku, aku ada cara lain untuk enjoy dan bukan dengan benda tu yg buat kita enjoy sebenarnya....untuk diowg, diowg kene belajar minum since umur belasan tahun lagi...
psl itu da culture diowg..dia pernah crite ngan aku, dia terlampau byk minum sampai satu badan rasa panas and nak pengsan..so da boleh nampak kebodohan diri sendiri seksa diri kan...
stop psl arak.......................

waduh, aku wajib tambah ilmu di dada bila nak menjawab..psl ak tau, ilmu aku x sebanyak mana..maybe jawapan yg aku beri, hanya jawapan SIRIM..tp bila pikir balik, nak menerangkan panjang lebar, belum tentu diowg akan paham....
sesungguhnya, aku bangga dilahirkan sebagai ISLAM kerana ISLAM yg memberi kehidupan aman dlm diriku.......
jenuh jenuh.....
stop semua nya....................

Wednesday, June 23, 2010

bLup bLup BoLa BaLL boLa BaLL

2.47 p.m.....aku gilo mengantuk tahap Dunga Waka Waka..apa hal tetiba masuk Waka Waka ni!!!
psl tetibe lagu world cup ni kedengaran di telinga aku(dengar radio gune hp la)....
actually, aku kat office ni, tetibe try and error, boleh plak masuk blog..
dimaklumkan, office aku ni, office yg cemerlang gemilang dan terbilang...internet dia block..
tp blog boleh masuk..hairan bin pelik bin ajaib...kerja da nak siap..ak da blur x tau nak wat apa..
asek pretend to be busy ja,,da x termampu datin oiiiiiii....
nak story bout apa lagi, of course la CAWAN DUNIA atau dlm bahasa omputihnya WORLD CUP.
team pilihan aku, semestinya ENGLAND, walaupun ENGLAND ni sekutu kuat USA, negara laknat tp ak ttp pilih ENGLAND..bukan sokongan sepenuh hati pun tp just sokongan suka suki pakcik seberang jalan umah aku jek...
Semalam 3rd match tuk ENGLAND..overall games amat teramat membuatku kebosanan...
tp bila compare dgn 2 match yg lepas, much better la...
2 games awal, sanggup aku bangkit tu 2.30 pagi..sebaik time cuti..kalau time kerja, mmg cop rasmi la aku x tgk...kang dtg office, ngorok (bahasa jawa = tidoq)..
ni aku nak jd pengulas skit psl match semalam ENGLAND vs SLOVAKIA....ulasan ni pandangan peribadi aku, agak-agak mana x puas hati..boleh la amik form P and dropkan form tu kat dlm lubang jamban rumah korang....
Team ENGLAND agak HOT baru-baru ini akibat kritikan dr ex-captain, John Terry (Player CHELSEA)...so, semalam Heskey x main...dia ganti dengan Defoe..and menjadi psl Defoe sumbat gol amat beharga tuk ENGLAND semalam...tp tp tp mutu permainan ENGLAND masih jauh ketinggalan dengan team handalan yg lain, cam ARGENTINA, HOLAND, PORTUGAL..
Rooney??wujud ka manusia ni??Rooney cam x wujud ja dlm team..apa yg dia buat semua x kena kot..semalam 2 chance dia siakan...damn..ak rasa cam nak masuk dlm tv, nak keprok (bahasa jawa = pukul) kepala botak dia tu...wing kanan, Milner, lagi sekoq ni..asek nak gentel bola, tp x lepas...
waduh-waduh buat wak sakit jiwa sungguh tgk si Milner ni...kalau td Rooney aku nak keprok, si
Milner ni cam aku nak flying kiss....erkhh oppsss H.A.R.E.M ok tp flying kick!!!!!!
even ENGLAND pegang 60% position bola, mmg x kemana...membosankan....
James patut di beri penghargaan psl agak terror menjaga gawang compare ngan keeper Green yg meloloskan bola ari2...
kalau ikutkan ENGLAND ramai star, tp yg pasti ENGLAND ketandusan Striker...EPL mmg mantap and hebat seantero dunia tp harus di ingat, hampir 70% player EPL adalah pemain luar..
Lampard (kEkasih gelapku) plak, sometimes hantaran bola cam kaki pengkaq..
haiya, camne nak kahwin ngan aku ni..Waka Waka Jabulani.....90 minit aku rasakan terlalu lama..
tuk next games, ENGLAND bertemu dengan Germany...damn...kalau corak permainan ENGLAND kekal camni, mmg aku gerenti 100% bersih dan halal ENGLAND akan O.U.T....
uiii da 3.26 pm..selamba badak sumbu sumatera ja aku...kang nampak si singa betina HR..
ak kene RED CARD kang.....serius aku x de kerja dah ni...waduh-waduh bikin wak goyang aja...
wa blah dulu la....sambung kerja (pretend to be busy)........