Saturday, September 18, 2010

- Pengaduan Kepada ALLAH -

* ini adalah lagu nasyid zaman dulu kala.. tak silap aku masa aku masih sekolah..
so, la ni, aku gali balik lagu-lagu nasyid lama-lama yang syahdu sungguh*

-----------------------------------------------------------------------------------------
Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Friday, July 2, 2010

Susahnya Nk Faham!!!

Susahnya nak bg non-muslim faham dengan ISLAM..especially yg bukan dr MALAYSIA..
Kadang-kadang terfikir gak, orang MALAYSIA non-muslim sendiri pun x faham ttg ISLAM, inikan pulak bangsa asing yg country dia umat ISLAM x sampai 5% pun..
member aku budak VIETNAM & JAPAN, tp yg jepun ni mmg memahami psl dah matured kot, and
merantau jek keje dia..tp tang budak vietnamese ni, jenuh la wei..
aku tau dia free-thinker, and ak pernah tanya adakah dia x percaya pada kewujudan tuhan..
and dia jawab, dia x percaya pd tuhan and yg dia tau ada 'something' yg hebat psl mencipta semua...
ponink kepalo makcik..kalau berkawan ngan bukan ISLAM, jenuh nak menjawab..lagi plak aku ni bukan nya master, takat mana yg boleh di jawab, INSYAALLAH aku jawab....

budak vietnamese ni pelik bila aku puasa..and aku ckp aku 'fasting'..1st dia x paham..apa tu fasting..then aku terangkan skit ckp x boleh makan and minum sampai certain waktu...
muka dia terkejut...dan ayat yg keluar dr mulut dia 'CRAZY'.
ak hanya melemparkan senyuman termanis dan dia tanya lagi, kenapa perlu berpuasa??
jawapan aku mudah ja, aku jawab puasa salah satu perkara wajib dlm agama aku, yakni ISLAM..
then mulut dia lancar mengatakan 'Kenapa nk seksa diri sendiri dr x makan and minum'..
aku masa ni, agak2 panas la..ada yg nak kene pelempang ngan aku tp aku tersedar awal psl aku terpikir yg dia x berkawan ngan ramai orang ISLAM before ni...bila dia ckp cam2, kuarlah skit2 apa yg aku tau kebaikan berpuasa...itupun dia still mempersoalkan...ok stop sampai sini dulu psl puasa...

baru-baru aku p la tioman, mmg besh la kan..and si vietnamese ni duk sebelah bilik aku...
masa tu waktu asar, and ak tgh sembahyang ada owg dok bantai ketuk pintu...
bila habis sembahyang, dengan bertelekung, aku bukak la pintu..
mmg muka budak ni terkejut habis....dia ckp 'why you wear like this'...
aku jawab la aku baru habis solat...and dia tanya lagi mmg solat kenapa pakai camni ka??
and jawapan ringkas aku 'YES' and you must cover all your body...kang ak ckp psl aurat kang, mmg paham benor la kan dia tu...
and ayat yg terkeluar dr mulut dia 'WHY SO FUNNY'...
perghhh panas...tp dekat ngan pantai, sejuk kan..so cool la x de nak melenting...
aku ckp sepatutnya dia kene respect setiap agama..x boleh ckp funny ka, crazy ka dan sama waktu dengan nya....setiap agama ada cr berbeza and kene respect mende tu...
maybe dia paham kot...
persoalan yg seterusnya di utarakan oleh minah jepun ni psl dia tgk ada gak ISLAM yg x sembahyang..and dia tanya aku, WHY??
contoh yg terdekat aku bg senang ja, iaitu diri dia sendiri..minah jepun ni kristian and dia ckp ngan aku, dia x pernah p church...aku pun ckp, orang2 yg you tgk x sembahyang tu, mcm you la,,,ada agama tp cam x da agama..x buat apa yg telah di suruh...so, dia pun senyum jek..sonang koje makcik...ok stop gak psl sembahyang...

ARAK plak..dia ckp kenapa aku x minum...psl dia ckp time dia clubbing ramai ja orang mcm aku (ISLAM) teguk..bila aku dengar cam2, aku malu sendiri psl sedara seagama bangga meneguk air kencing syaitan tu..aku pun menjawab seringkas boleh..minuman tu lagi bawa keburukan and x nampak langsung kebaikan...ak tanya dia balik, pas minum apa dia rasa???
dia jawab mabuk and lupa diri....sometimes boleh muntah psl terlampau byk minum...
bila dia jawab cam2, ak pun tambah, dah tau akan jd cam2, kenapa still minum...and kalau aku minum, camne ak nak solat...
dr 4 rakaat, silap2 teguk air tu, ak wat 20 rakaat...ni jawapan yg mudah tuk bg dia paham...
dia ckp ngan aku, yg aku x enjoy hidup ni...
jawapan ringkas aku, aku ada cara lain untuk enjoy dan bukan dengan benda tu yg buat kita enjoy sebenarnya....untuk diowg, diowg kene belajar minum since umur belasan tahun lagi...
psl itu da culture diowg..dia pernah crite ngan aku, dia terlampau byk minum sampai satu badan rasa panas and nak pengsan..so da boleh nampak kebodohan diri sendiri seksa diri kan...
stop psl arak.......................

waduh, aku wajib tambah ilmu di dada bila nak menjawab..psl ak tau, ilmu aku x sebanyak mana..maybe jawapan yg aku beri, hanya jawapan SIRIM..tp bila pikir balik, nak menerangkan panjang lebar, belum tentu diowg akan paham....
sesungguhnya, aku bangga dilahirkan sebagai ISLAM kerana ISLAM yg memberi kehidupan aman dlm diriku.......
jenuh jenuh.....
stop semua nya....................

Wednesday, June 23, 2010

bLup bLup BoLa BaLL boLa BaLL

2.47 p.m.....aku gilo mengantuk tahap Dunga Waka Waka..apa hal tetiba masuk Waka Waka ni!!!
psl tetibe lagu world cup ni kedengaran di telinga aku(dengar radio gune hp la)....
actually, aku kat office ni, tetibe try and error, boleh plak masuk blog..
dimaklumkan, office aku ni, office yg cemerlang gemilang dan terbilang...internet dia block..
tp blog boleh masuk..hairan bin pelik bin ajaib...kerja da nak siap..ak da blur x tau nak wat apa..
asek pretend to be busy ja,,da x termampu datin oiiiiiii....
nak story bout apa lagi, of course la CAWAN DUNIA atau dlm bahasa omputihnya WORLD CUP.
team pilihan aku, semestinya ENGLAND, walaupun ENGLAND ni sekutu kuat USA, negara laknat tp ak ttp pilih ENGLAND..bukan sokongan sepenuh hati pun tp just sokongan suka suki pakcik seberang jalan umah aku jek...
Semalam 3rd match tuk ENGLAND..overall games amat teramat membuatku kebosanan...
tp bila compare dgn 2 match yg lepas, much better la...
2 games awal, sanggup aku bangkit tu 2.30 pagi..sebaik time cuti..kalau time kerja, mmg cop rasmi la aku x tgk...kang dtg office, ngorok (bahasa jawa = tidoq)..
ni aku nak jd pengulas skit psl match semalam ENGLAND vs SLOVAKIA....ulasan ni pandangan peribadi aku, agak-agak mana x puas hati..boleh la amik form P and dropkan form tu kat dlm lubang jamban rumah korang....
Team ENGLAND agak HOT baru-baru ini akibat kritikan dr ex-captain, John Terry (Player CHELSEA)...so, semalam Heskey x main...dia ganti dengan Defoe..and menjadi psl Defoe sumbat gol amat beharga tuk ENGLAND semalam...tp tp tp mutu permainan ENGLAND masih jauh ketinggalan dengan team handalan yg lain, cam ARGENTINA, HOLAND, PORTUGAL..
Rooney??wujud ka manusia ni??Rooney cam x wujud ja dlm team..apa yg dia buat semua x kena kot..semalam 2 chance dia siakan...damn..ak rasa cam nak masuk dlm tv, nak keprok (bahasa jawa = pukul) kepala botak dia tu...wing kanan, Milner, lagi sekoq ni..asek nak gentel bola, tp x lepas...
waduh-waduh buat wak sakit jiwa sungguh tgk si Milner ni...kalau td Rooney aku nak keprok, si
Milner ni cam aku nak flying kiss....erkhh oppsss H.A.R.E.M ok tp flying kick!!!!!!
even ENGLAND pegang 60% position bola, mmg x kemana...membosankan....
James patut di beri penghargaan psl agak terror menjaga gawang compare ngan keeper Green yg meloloskan bola ari2...
kalau ikutkan ENGLAND ramai star, tp yg pasti ENGLAND ketandusan Striker...EPL mmg mantap and hebat seantero dunia tp harus di ingat, hampir 70% player EPL adalah pemain luar..
Lampard (kEkasih gelapku) plak, sometimes hantaran bola cam kaki pengkaq..
haiya, camne nak kahwin ngan aku ni..Waka Waka Jabulani.....90 minit aku rasakan terlalu lama..
tuk next games, ENGLAND bertemu dengan Germany...damn...kalau corak permainan ENGLAND kekal camni, mmg aku gerenti 100% bersih dan halal ENGLAND akan O.U.T....
uiii da 3.26 pm..selamba badak sumbu sumatera ja aku...kang nampak si singa betina HR..
ak kene RED CARD kang.....serius aku x de kerja dah ni...waduh-waduh bikin wak goyang aja...
wa blah dulu la....sambung kerja (pretend to be busy)........

Friday, February 5, 2010

Bila Manusia Bertukar menjadi SYAITAN!!

akhir-akhir ini, acap kali kita dengar berita anak bunuh bapa, bapa rogol anak, cucu berzina dengan nenek..
kenapa yek????yg menjadi isu nya, kenapa MELAYU atau lebih tepat lagi ISLAM..
tidak dpt dipastikan mereka-mereka ini ISLAM hanya pada nama atau sebaliknya..
bukan kita yg mengukurnya...
pembunuhan kejam di Gemencheh, N9.betapa kejamnya manusia zaman sekarang..
kepala bapa sendiri di penggalnya..kenapa???hasutan syaitan??
sebab apa syaitan menghasut???adakah menjadi persolan besar untuk kita merungkainya???
terbaru di terengganu..menjadi mangsa bapa dan abg..hampir terburai usus bila ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau rambo yg dijadikan perhiasan di rumah...
reason yg diberi "terdengar bisikan ditelinga umpama suara jahat"
sapa yg bisik???rungkaikan sendiri....
dlm akhbar beberapa bulan lepas, nenek dicekup berzina dengan cucu...
hah ni kubur da panggil mai cheq mai ooo cheq maiii...
x sedar diri lagi..sebab apa??nafsu???siapa yg menggoncang nasfu itu???
gunakan pemikiran kita sebagai manusia yg normal...
PENJARA SELAMA 188 TAHUN(jika tidak silap)..kenapa sampai 188 tahun..apa kesalahan orang ni???
bacalah surat khabar..walaupun paper UTUSAN MALAYSIA di panggil PRO-BN, tp still ada skit info..compare paper berbahasa melayu lain yg 100% kutuk mengutuk..
setiap hari, ada saja kes-kes begini..sungguh tragis dan lebih tragis bila melibatkan anak-anak kecil yg baru hendak dicorak kan kehidupannya...
jgn sampai suatu hari nanti, MALAYSIA akan dicop dengan panggilan yg memalukan..
ada otak, pakai..ada nafsu, kawal..kalau anda tidak boleh buat dua perkara ni,
uhmmm LU PIKIRLAH SENDIRI apa akan jd...












1 MALAYSIA
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan