Saturday, September 17, 2011

Apa lagi?

Assalamualaikum .............
"Dont ask what your country can do for you, ask what you can do for your country"
Tiba-tiba ter'copy' kata-kata JFK untuk post kali ini. Kenapa? Kenapa? Jawapan mudah, kerana ramai penduduk Malaysia sekarang umpama tidak bers yukur dengan apa yang telah ada di bumi bertuah ini. Sering kali tidak puas hati dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan walhal mereka ini tidak sedar, adakah mereka ada menyumbang sesuatu kepada negara?
Aku mengaku kerajaan sekarang adaa kelemahan yang perlu dibaiki tetapi apa yang telah diberikan, cuba seminit untuk ucapkan syukur. Ramai yang memandang sinis Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Mereka mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk rakyat. Memang buta pihak-pihak ini. Kita bukan Jepun, setiap barang dan perkhidmatan dikenakan cukai 5% dan kebajikan rakyat Jepun memang tip top. Sebab?? Wang cukai yang dibayar tinggi bagi menampung kebajikan rakyat mereka. Jika Malaysia melaksanakan sistem begitu, confirm ada pihak yang melompat. Baru cukai topup naik 6% pun sudah melatah. Cuba cari inisiatif jika barang naik, di pihak kita cuba mengawal perbelanjaan.
Harus di ingat, kita negara ISLAM yang sering dip andang oleh negara barat untuk mengambil kesempatan merompak negara kita. Lihat apa ya ng terjadi di Mesir, Iraq, Syria dan beberapa arab di timur tengah. Pergolakan politik dijadikan alasan kukuh untuk negara Uncle Sam merompak semua hasil negara itu. Seringkali aku berdoa agar Malaysia tidak sampai ketahap itu. Jika s ampai tahap itu, mungkin bangsa kita baru bersatu tetapi rasanya sudah terlambat.

Ada yang mengatakan kerajaan Malaysia sekarang DIKTATOR. Cuba fahami apa maksud diktator. Salah satu kepimpinan diktator adalah memiliki kuasa melalui kekerasan. Malaysia menjalankan pemilihan pemimpin melalui pilihanraya yang dibuat oleh rakyat sendiri. Ada yang mengatakan pilihanraya di Malaysia tidak telus. Saban tahun isu ini dibangkitkan sehingga wujud BERSIH. Pikir sendirilah bagaimana yang dikatakan tidak telus walhal di setiap pusat mengundi akan ada setiap wakil bertanding, dan semasa pengiraan undi juga wakil bertanding duduk tercongok...Kembali pasal diktator...
kalau hendak lebih jelas, aku sarankan korang tonton 'Don't tell my mother'. Dokumentari oleh seorang pemuda yang menjelajah keseluruh pelusuk dunia untuk melihat negara dengan lebih dekat. Cari episod ketika di North Korea. Tonto
n sampai habis dan mungkin korang akan jelas bagaimana kepimpinan diktator.

Ada kesempatan, cuba pergi Indonesia dan lihat bagaimana kehidupan rakyat disana. Terutama agama kita. Bukan apa orang Malaysia sudah terlalu selesa kerana semua benda 'disuap' dan terlalu manja. Lihat bagaimana majoriti rakyat disana hidup. Pergi dan lihat sendiri.
Akhir sekali, aku terlupa quote ini di copy dari website ma na. Tetapi cukup penting untuk dihayati. Selamat Hari Merdeka Malaysia. Tanah Tumpahnya Darahku.
How often we fail to realize our good fortune in living in a country where happiness is more than a lack of tragedy.

No comments:

Post a Comment

Jejak komentar