Saturday, February 23, 2013

Kenapa aku.......

Assalamualaikum......

Kenapa aku berniaga?
Tak cukup lagi ke gaji makan gaji?Persoalan yang sering ditanya oleh kawan-kawan. Meh cheq habaq sikit. Aku berniaga bukan sebab tamak duit, tapi sebab AKU SUKA. Nak ikutkan untung tak de lah banyak mana, tapi berniaga untuk mengisi masa lapang. Penat memang penat, coz balik kerja terus nak kena prepare bukak stall kecil molek tu. Aku berniaga 3 jam je kot sehari. So, tak de hal la. Lepas berniaga, terus terbongkang. Nikmat tido time penat. Pengsan tak sedar apa..hohoho

Berniaga Char kuew tiaw ni, simple je. Aku mengaku aku memang dah tak boleh telan makanan ni. Bau pun rasa nak pitam. hohohoho tapi entah lah, memang seronok berniaga. Mula-mula dulu memang malu nauzubillah bila ada customer. Rasa nak masuk kan muka dalam kuali. Tapi lama-lama rileks je. Time tak xde customer, ko duduk la melangok, time sorang dah beli, berderet-deret mai. Time ni toksah kata, nak bersilat, nak berkungfu pun ada..hohohoho

Bukan senang nak jadi senang. Duit banyak mana pun kau ada, tak pernah nak cukup. Tapi bagi aku, berniaga ni ala-ala side income. Semua benda aku nak, akan aku usaha dapatkan. Bukan hanya menadah tangan tunggu duit dari langit. Ada sesetengah manusia, hanya mengharapkan bantuan, lepas dapat bantuan, ko punya tak bersyukur memang class bedah. Dok pertikaikan itu ini. Hello, ko nak something, usaha sendiri la. Mana ada orang kaya dalam dunia, duduk diam tanpa usaha. Perompak yang kaya pun, kena usaha tuk plan macam mana nak merompak..Usaha juga tu kan.

Aku berniaga, buat aku tau macam mana susah nak cari duit. Nak beli something tuk diri pun, aku akan pikir 'Ini perlu or boleh di tangguhkan'. Priority akan diberikan mana yang perlu. Branded? tak perlu. Membazir. hohohoho Aku dah cakap, aku berniaga just side income. So, kalau aku balik kerja lambat, aku memang tak bukak stall. Tak akan paksa diri kalau dah tak larat. Pasal main income aku still makan gaji..hohohoho

yang pasti, Berniagalah dan korang akan tau nikmatnya dan betapa besh nene berniaga ini....

Monday, February 4, 2013

..............

Dia..
insan pertama mencuri hati ini. Hadirnya sebagai teman berbicara, teman ilmu, dan teman gelak ketawa.

Dia..
tiada apa yang istimewa dariku untuk di mengerti olehnya. Berlalulah dia sepanjang masa sebagai teman tanpa ada rasa sesuatu.

Dia..

jauh semakin jauh dan jauh. Belajar untuk terima sememangnya dia jauh dari hati ini.

Dia..

telah jumpa separuh hidupnya. Senyuman tidak lekang, gelak ketawa mewarnai hari-harinya. Hati ini juga gembira melihatnya.

Dia..
datangnya sebagai teman, berlalunya juga sebagai teman..

بارك الله لكما وبارك عليكما   
             
                         
                                                                                       

Sunday, January 27, 2013

Kamu ...........

Assalamualaikum..........

Kamu. Iya kamu....Manusia yang tak reti nak bersyukur. Setiap inci dan benda di atas muka bumi ini kamu pertikaikan...Kamu inginkan kesempurnaan, tetapi dirimu itu belum tentu cukup sempurna untuk terima semua kesempurnaan.....


Kamu. Iya kamu lagi...Manusia yang meludah kelangit dan terkena kembali ludah itu...Hebat berbicara mengenai agama dan keadilan, tetapi diri kamu itu belum tentu sempurna agamanya dan berlaku adil pada sesama manusia.....Tiada agama yang mengajar untuk berprasangka buruk, tapi kamu .........

Kamu. Siapa lagi jika bukan kamu..Manusia yang hanya menadah tanpa mahu berusaha. Kamu mengimpikan bulan dan bintang seperti orang lain. Adakah kamu termakan kata-kata 'Bulan jatuh ke riba' tanpa ada usaha?? Orang lain mendapat bulan dan bintang dengan usaha, tapi kamu, hanya menadah dan terus menadah umpama peminta sedekah...Usaha selagi ada kudrat..

Kamu. Kamu dan kamu...Manusia yang hipokrit. Menghentam dan mencanang sana sini buruk itu buruk ini. Tapi 'si buruk' itu lah yang menolong kamu untuk hidup bahagia dan aman. 'Si buruk' itulah mengerahkan idea dan tenaga untuk kamu dan semua. Tapi kamu ............

Kamu. Kamu tiada yang lain..Sedarlah tiada manusia sempurna, tiada manusia yang boleh lari dari kesilapan dan tiada manusia yang dalam sesaat tidak reti bersyukur selain KAMU.....Jika kamu rasa kamu terlalu PERFECT, biarlah PERFECT hanya kepada-NYA..Usah dicanang sana sini untuk meraih populariti....

Kamu. Itu sahaja coret untuk KAMU......