Sunday, September 2, 2012

Dog Whisperer

Assalamualaikum Malaysia.. Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Well aku kalau bab kenegaraan ini, semangat sungguh. Almaklumlah aku pencinta keamanan, pencinta kedamaian, pencinta lelaki dan segala-segala pencintalah.. Kali ni aku bukan nak post pasal Merdeka, tapi pasal Dog Whisperer.

Apa jadah cik jemah ni nak cerita pasal anjing..harem no no cannot touch hokey..Pernah tengok tak dekat astro rancangan ni. Fuhh respect toi toi kat Cesar Milan ni. Sapa Cesar Milan? Adakah beliau:

a. adik beradik Marsha Milan Londoh
b. pemilik AC Milan
c. pemilik Inter Milan
d. orang pertama jumpa Milan, Italy

Hahahaha sapa yang pick salah satu jawapan kat atas tu, tak tau den nak kata apa. Maybe tahap kebiolan anda amat kritikal dan perlukan bantuan. Click sini kalau nak tahu sapa dia Cesar Milan ni. Handsome ke Cesar ni?? Bukan nak cerita pasal ensem or apa, tapi nak cerita pasal hebat dia dalam melatih dan memulihkan anjing.
Ko bagilah macam mana agresif or pasif anjing tu, dia boleh tolong untuk memulihkan anjing tu balik.

Episod yang aku tengok tadi, pasal anjing rottweiler bernama Apollo. Boleh pula aku meleleh tengok pasal anjing ni. Dush dush cik jemah ni emosi banyak hokey kalau tengok tv. Apollo ni anjing kat pusat peliharaan anjing terbiar dan amat agresif. Dia (boleh guna ke pengganti nama Dia tuk binatang???) agresif bila dekat dengan lelaki dan seorang budak perempuan berumur 16 tahun yang juga volunteer dekat pusat tu amat baik dengan anjing ni. Tapi budak ni buntu dan tak tau macam mana nak buat coz Apollo ni akan di hapuskan pasal terlalu bahaya. Untuk pengetahuan korang, di US memang undang-undang mereka untuk bagi injection mati untuk mana-mana anjing yang bawa penyakit dan agresif yang boleh mendatangkan kemudaratan pada manusia. Di Malaysia, aku tak sure pula. Maybe sama. Nanti den buat research pasal ni hokey.

Pendek kan cerita, sehari sebelum hari penghapusan Apollo, budak perempuan ni bawak Apollo ni pergi audition (ko bajet manusia je ado audition melalak, terkinja-kinja, hanjeng pun hado ok..kelass ko hanjeng ) dan terpilih untuk Cesar latih. Memang ambil masa berbulan nak latih Apollo pasal maybe dia ada bad history dengan owner dia, kena dera yang buat dia takut dengan lelaki. Weiiii binatang ada perasaan cuma tak da akal je. Opkos la Apollo pun tahu makhluk yang suka mendera dan jadi takut. Selepas beberapa bulan perit jerih melatih, tiba masa tuk Apollo cari owner baru, dan masa dlm pemulihan Apollo ni gila kamceng dengan anak Cesar yang baru umur 13 tahun..So, Cesar bagi Apollo ni sebagai hadiah pada anak dia tu...Part ni tacing weiiii.Anak Cesar tu baru keluar pintu, Apollo ni da kejar manja. Fuhh meleleh aku tengok. Walhal tacing sikit je tapi aku je poyo..Hati ku di Harajuku, nak buek camno.. Nak detail kisah ni, click website sini...

Apollo

Memang tak comel anjing ni, tapi kisah Apollo berjaya buat aku menangis. Sob sek sob sek tisuuu plzzzzzzz