Monday, December 24, 2012

Bajaj Ohooii Bajaj


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.


Bajaj
Bajaj??Apa itu Bajaj..Gambar kat atas ni lah Bajaj..Nak story pengalaman naik mende alah ni dekat Jakarta. Den 2 minggu lepas poei lah Jakarta pasal ada wedding member. Short visit gitu ...Puih poyo sangat short visit. Dah nama pun Short visit, so tak de lah merayap mana-mana. Sabtu petang lepas sampai Grogol, Jakarta, pergi merayap dekat 3 orang member. Sekali time nak balik tu, mulut aku ni menggatal cakap ' ada berani naik mende ni tak'..Apa lagi, terus member tu tanya kat orang tu, berapa JUTA (kaya sangat rasanya duduk sana). Sekali orang tu cakap 15 ribu Rupiah je. hohohoho convert la sendiri berapa hengget ok.
So, ambil 2 bajaj. 1 bajaj muat 2 orang je. Weiii belum tutup pintu (antik ok pintu dia), dah jalan mende ni. 


Sebaik bapak drebar ni peramah. Dia tanya, dekat Malaysia tak ade kan..Aku pun cakap lah, enggak ada pak..sekali mulut aku ni rajin nak interview,

aku: minyak nya di mana mau tekan?
bapak drebar: press aja ini (sambil tunjuk dekat tangan), sama saja dengan motor
aku: brek nya di mana pula?
bapak drebar: brek di kaki.....

Senang aja ya mau bawak. Tapi sumpah, dalam tu aku dok baca doa manjang. Weiii hebat dia zuppp zappp zupp zappp menyelit. Siap masuk jalan bertentang arah. Ko mampu? dah lah duduk dalam tu gegar satu badan.....Tapi memang besh. Kalau nak naik lagi, kena pakai mask. Berdebu....Siap senget sebelah pasal dia lanjan langgar divider!!!!Oh my English!!!!!!Masa nak naik tu, dah cakap dengan bapak tu, ikut bajaj depan (member aku), sekali bila dah masuk area kawasan tempat kita orang stay, dah lost. So, aku cakap dengan bapak tu, tak pe, stop je dekat sini, kita orang jalan pasal rasanya dah tak jauh... Bila dah turun, sudah.................................................aku ngan member aku blur..mana nak pergi..wuhahaha tak tau arah..

Tup tup tup, tengok bapak tu datang balik, dia pusing balik and panggil kita orang.. dia suruh naik balik pasal dah nampak bajaj lagi satu. So, naik balik la..Ohhh terharu nya aku dengan bapak ni. Baik sungguh, sanggup pusing balik ambil kami. Sekali jauh lagi wei nak ke apartment tempat kita orang stay tu. huhuhu.. So, bila turun, aku hulur lagi 10 ribu rupiah kerana kebaikan bapak drebar. Memang tak banyak mana 10 ribu tu, dalam RM3 lebih duit kita, tapi bagi mereka, memang banyak. Siap ucap terima kasih berulang-ulang kali..  :-) kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita...So, tu je nak story..Bajaj oohh Bajaj. Awesome walaupun gegar satu badan....

Sunday, September 2, 2012

Dog Whisperer

Assalamualaikum Malaysia.. Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Well aku kalau bab kenegaraan ini, semangat sungguh. Almaklumlah aku pencinta keamanan, pencinta kedamaian, pencinta lelaki dan segala-segala pencintalah.. Kali ni aku bukan nak post pasal Merdeka, tapi pasal Dog Whisperer.

Apa jadah cik jemah ni nak cerita pasal anjing..harem no no cannot touch hokey..Pernah tengok tak dekat astro rancangan ni. Fuhh respect toi toi kat Cesar Milan ni. Sapa Cesar Milan? Adakah beliau:

a. adik beradik Marsha Milan Londoh
b. pemilik AC Milan
c. pemilik Inter Milan
d. orang pertama jumpa Milan, Italy

Hahahaha sapa yang pick salah satu jawapan kat atas tu, tak tau den nak kata apa. Maybe tahap kebiolan anda amat kritikal dan perlukan bantuan. Click sini kalau nak tahu sapa dia Cesar Milan ni. Handsome ke Cesar ni?? Bukan nak cerita pasal ensem or apa, tapi nak cerita pasal hebat dia dalam melatih dan memulihkan anjing.
Ko bagilah macam mana agresif or pasif anjing tu, dia boleh tolong untuk memulihkan anjing tu balik.

Episod yang aku tengok tadi, pasal anjing rottweiler bernama Apollo. Boleh pula aku meleleh tengok pasal anjing ni. Dush dush cik jemah ni emosi banyak hokey kalau tengok tv. Apollo ni anjing kat pusat peliharaan anjing terbiar dan amat agresif. Dia (boleh guna ke pengganti nama Dia tuk binatang???) agresif bila dekat dengan lelaki dan seorang budak perempuan berumur 16 tahun yang juga volunteer dekat pusat tu amat baik dengan anjing ni. Tapi budak ni buntu dan tak tau macam mana nak buat coz Apollo ni akan di hapuskan pasal terlalu bahaya. Untuk pengetahuan korang, di US memang undang-undang mereka untuk bagi injection mati untuk mana-mana anjing yang bawa penyakit dan agresif yang boleh mendatangkan kemudaratan pada manusia. Di Malaysia, aku tak sure pula. Maybe sama. Nanti den buat research pasal ni hokey.

Pendek kan cerita, sehari sebelum hari penghapusan Apollo, budak perempuan ni bawak Apollo ni pergi audition (ko bajet manusia je ado audition melalak, terkinja-kinja, hanjeng pun hado ok..kelass ko hanjeng ) dan terpilih untuk Cesar latih. Memang ambil masa berbulan nak latih Apollo pasal maybe dia ada bad history dengan owner dia, kena dera yang buat dia takut dengan lelaki. Weiiii binatang ada perasaan cuma tak da akal je. Opkos la Apollo pun tahu makhluk yang suka mendera dan jadi takut. Selepas beberapa bulan perit jerih melatih, tiba masa tuk Apollo cari owner baru, dan masa dlm pemulihan Apollo ni gila kamceng dengan anak Cesar yang baru umur 13 tahun..So, Cesar bagi Apollo ni sebagai hadiah pada anak dia tu...Part ni tacing weiiii.Anak Cesar tu baru keluar pintu, Apollo ni da kejar manja. Fuhh meleleh aku tengok. Walhal tacing sikit je tapi aku je poyo..Hati ku di Harajuku, nak buek camno.. Nak detail kisah ni, click website sini...

Apollo

Memang tak comel anjing ni, tapi kisah Apollo berjaya buat aku menangis. Sob sek sob sek tisuuu plzzzzzzz



Sunday, August 19, 2012

Mestilah Pasal Raya

Assalamualaikum.......

Selamat hari raya. Huhuhu pembuka bicara dengan ucapan selamat gitu. Kelassss sangat cik Jah!!
Dah kata, bulan Syawal, apo laei nak di post, mestilah pasal raya. Walaupun pada hakikatnya aku ni amatlah tidak bersemangat nak raya..Kenapa??Mana aku tau. Kalau aku ni ada kuasa macam doraemon, aku skip kan je bulan Ramadhan ke Zulkaedah. No more Syawal. Sebaek lah aku tak ada kuasa tu kan..*mukadenganpenuhfrust*....Sebut raya, mesti ada duit raya. Bukan aku yang dapat, tapi aku yang kena bagi..Pitammmmmm cik Jah....cekidout gambar duit raya sebahagian yang aku dah pack....


Disebabkan tahun ni raya jatuh tengah bulan + dengan aku baru melompatkan diri ke kerja baru, oleh itu sebarang pengeCUTan adalah disengajakan. Korang tengok mana yang sampul hijau-hijau tu telah mengalami proses pengecutan yang kritikal. Kaler biru mantain coz bagi makcik-makcik. Sampul Harimau Malaya juga tidak mengalami sebarang proses pengecutan. tapi ada gak aku cut...wuhahahahahahah Siapakah yang dapat sampul hijau? Kesian la korang... hado aku kisah..*lompatbintangseplohkali*

Gambar raya? Oh noo. Tak kuasa cik Jah nak tayang. No no publisiti untuk tontonan umum. Bajet haku orang famus amus gitu. Off topic pasal gambar raya. Meh aku nak show off sikit gambar kasut raya aku. Kasut ke????

                                                        kasut?????Slipar lah dol

Tadaaaaa tu dia aiiiii den punya kasut selipar raya. Ko tengok betapa osom nya aku memilih barang 2 in 1.
Ko pakai baju kurung pun boleh pakai dan pakai jeans pun boleh. Sempoiii betui ko cik Jah. Dah berapa tahun ni lah dia kasut selipar raya aku....Haku tak suka lah nak beli kasut-kasut ni. leceh. Motif nak beli kasut??bukan ko beraya masuk rumah pakai kasut pun kan..kan...Tapi tahun ni, ini barang harga sudah naik la aciii RM1. Dulu 13.90 je kot. La ni dah naik RM14.90..homaigot. Pitam...Selipar pun naik gak..puihhhhhhhhhh...Mak aku pun dah tak kuasa nak tegur kalau aku pakai selipar. Ya ampun ya mak, anak mu ini terlalu sempoi.......wuhahahahahaahha

Lagi apo aku nak story??Cukup Cukup sudah dulu lah....Nanti den kasi sambung lagi. kalau ado la..Astalavestabebeh...




Sunday, August 12, 2012

Ruang Privasi


Gitu sekali, stress punya pasal. Sampai tercacak-cacak rambut kau Jenab!!! Time tengah serabut + stress, 
aku rasakan aku amat memerlukan ruang privasi tanpa kehadiran siapa-siapa. Selalu je dengar dalam drama-drama omputih 'I want to have my own space'. Kelassssss kau Jenab speaking. Puihhhhh..
Bukan apa, ruang privasi penting untuk cool kan balik diri kita. So, dalam keadaan sorang-sorang, tanpa ada gangguan barulah reda segala tok mak nenek masalah..........Tu je nak cerita..Chow...


Monday, August 6, 2012

Traffic Jam dan Kuala Lumpur

Traffice Jam dan Kuala Lumpur memang tidak boleh dipisahkan lagi. Lagi pulak time puasa. Damn teruk. Hari ni Nuzul Quran dan Selangor cuti...Memang Jem nene la kan KL.
Gambar ni aku snap on the way masa balik kerja menuju ke Putra LRT. Aku rasa macam nak melompat + menjerit bagi tau orang yang tengah stuck dalam jem tu 'Padan Muka hangpa'...

Aku sebelum ni, tiap-tiap hari dok harung jem dekat Jalan Kinabalu menuju ke Jalan Sultan Ismail. Nightmare sungguhlah. Suppose 15 minit boleh sampai, tapi atas sebab yang tak dapat dikenalpasti punca jem, aku boleh stuck dekat 1 Jam. Dalam sejam tu, macam-macam lagu aku dah karaoke sorang-sorang dalam kereta. Bukan takat karaoke, siap berangan yang tak logik...Fuhhh memang hazab.Sekarang ni, tak perlu dah aku nak harung jem, naik train sudah!!!!Yippi Yippi. Jimat minyak.............Yippi Yippi lagi....Berlagak nauzubillah betul..hahahahaha

Tuesday, July 31, 2012

3 Tahun

Bunyi macam aku ada masalah besar dalam bekerja. Siapa yang suka bertukar-tukar kerja. Sumpah korang tanya pada sesiapa pun, memang tak akan ada yang suka. PENAT hokey lompat-lompat kerja ni. Just nak share kenapa aku SUKA lompat kerja. So, ni dia sebab kenapa aku lompat dalam tempoh 3 tahun ni.


1/10/2009 - 17/08/2011 : xxx xxx Malaysia Sdn Bhd
Company France yang business-nya adalah shipping container company. Memang big-big-big company. Aku masuk sebagai fresh graduate a.k.a management trainee. Sumpah environment kerja dekat sini memang aku LIKE terutamanya member-member kerja. Until now, aku still contact dan lepak (sesekali jumpa meriah hokey). Work load? Normal lah kerja bertimbun tapi terpulang pada cara korang manage. Kerja hampir 2 tahun tapi satu keputusan yang sukar dibuat demi masa depan. Keputusan untuk berhenti disebabkan gaji yang ciput. Duduk KL, nak survive dengan gaji yang dapat dekat sini, memang langsung tak mencukupi. So, setelah 2 tahun bekerja, aku melompatkan diri ke ....................................

18/08/2011 - 20/07/2012 : XXX International Malaysia Sdn Bhd
Company US yang business-nya adalah IT. Kalau boleh rasa nak Ctrl+Alt Delete pengalaman lepak dekat company ni. Environment yang penuh dengan budak-budak muda seperti aku. Memang position dekat sini ok tapi sesungguhnya position tak menjamin apa-apa. Nothing + zero selama aku kerja hampir setahun dekat sini. Knowledge + experience = zero. In term of money, memang mewah. Tapi apa guna duit kalau ilmu kita tak dapat. Actually, sehari lepas masuk, aku dapat rasakan aku tak akan stay lama dekat sini. The worst experience in my life. Lepas tu aku lompat ke..........................

23/07/2012 - present : xxxxxxxxxxxx xxxxxxxx Services Sdn Bhd
Company Ausie yang business-nya adalah more on energy sources. Baru 2 minggu masuk, so far still ok pasal kerja still belum masuk dan country still belum go-live. Amat dekat dengan rumah dan kali ini really hope boleh stay lama dan lama dan lama. Kembali buat AP. Oh yeah. Aku enjoy buat AP. So, cekalkan hati dan stay lama hokey di sini. Insyaallah.

p/s: wa bukan suka-suka mau jump jump macam katak hokey.......

Sunday, July 22, 2012

Allah segalanya


'Kenapa hati orang Islam kena KUAT?'

kerana orang Islam ada ALLAH.
kerana orang Islam percaya pada ALLAH
kerana orang Islam bergantung harap pada ALLAH
dan kerana orang Islam sentiasa yakin pada ALLAH...

dan.....

bila hati ada ALLAH, 
yakin, percaya dan bergantung kepada DIA
YANG MEMILIKI dan MENENTUKAN
segala-galanya,
bagaimana mungkin,
hati orang Islam rapuh dan lemah?




Saturday, July 21, 2012

Berakhir sebuah penantian


Sunday, July 15, 2012

Unfold


You deserve to be with somebody you happy. As a friends, my Doa always with you...



-hurt-