Thursday, April 30, 2009

*Taubat Seorang Hamba*



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...



"bait-bait sebuah lagu yg cukup meruntun perasaan seorang hamba yg jahil cam aku..
kenapa pintu taubat aku lambat dibuka jika dibandingkan dengan manusia bertuah laen???
tp, syukur kerana ALLAH masih sayang pd aku..
bg aku, sejahat mana manusia itu, ALLAH yg menentukan hukuman padanya
sejahat mana manusia itu, ALLAH tidak pernah menutup pintu taubat kepadanya..
terpulang kepada nya untuk memilih,,,
sesungguhnya, hidup ini penuh dengan dosa dan maksiat
TAUBAT kepada-NYA mampu melupuskan semuanya..
insyaallah..."

Tuesday, April 28, 2009

WARKAH BUAT HAWA...



HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..

"TUNDUKKAN PANDANGANMU"

Friday, April 17, 2009

*Helah Tanpa Henti*


inilah dia, PR punya keje...non stop wat helah...
keluar masuk keluar masuk semata2 tuk puaskan hati parti...
keadilan dilaungkan seolah2 tiada apa...
tu owg selalu ckp
"percakapan x seiring dengan tindakan"
sesuai bonar lah ditujukan kepada PARTI KEADILAN RAKYAT...
motif parti satu ni, hanya tuk menuntut bela sebuah keluarga..
bukan nak mencari keadilan rakyat yg sebenar...
owg dok tertipu jek....p obses semacam watpa...

semua parti, x salah untuk kite menyokong
tp jgn la terlalu taksub...
sampai yg salah dikatakan betui...jgn butakan mata, pekak kan telinga...
berlaku adil pada diri sendiri....
yg aku nak sampaikan simple jek...

*PAKATAN KELENTONG RAKYAT*

Thursday, April 16, 2009

*Egokah Aku*

*Piliharaya lagi????*

aduhai...lagi lagi election...buang duit rakyat..
kali ni kat penang...aduhaiii
ape motif sebenar yg PKR nak maenkan ni...
buang duit rakyat???berapa byk SPR kene spent tu election...
dr buang ke situ, lebey baek lah, wat mende laen..
kalau betui x le nak commited menjadi ahli politik, jgn la jd...
x kira la, BN ke, PR ke...

ape2 pun...kembalikan keamanan MALAYSIA...

Thursday, April 9, 2009

*Menteri Kabinet 2009&

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah
KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri:



ahakz....ape macam perlantikan kali ni????aku rase, mantap giler...
hope semua nya dpt menjalankan tanggungjawab untuk negara...
mestilah bersih ok...
ape2 pun...MUKHRIZ terpilih...

Tuesday, April 7, 2009

*Apa Yang Silap*

apa yg silap yek pilihanraya 2 bukit, 1 batang ni....hanya batang ai, still berpihak kepada BN..
and sabah and sarawak still menjadi kubu kuat BN...
tp, di bukit gantang dan bukit selambau..
ape silap nyer BN kalah???

aku dah menjangkakan BN menang di 2 bukit ini, amat tipis..
even telah byk govt buat..tp pengundi masih cube mencari transformasi...
x kisah la..even kalah sekalipun, tahniah di ucapkan kepada yg menang...
untuk masa akan datang, komponen BN seharusnya bekerja lagi keras..
tidak salah jika dr skunk, di tilik ape punca kekalahan ni....
jgn dah kalah..hanya dok terperuk..dan bila nak bertanding..
baru tunjuk muka balik..maybe ini lah penyebabnye..

salah satu nya lagi..pengundi muda2 ni...maybe diowg pikir BN dah x relevan,..
kenapa??mereka ni hanya terlalu obses dengan dakyah2 PR yg menyemaikan semangat membenci pihak lawan...
menjadikan mereka ni terlalu radikal kadang2 ak rasakan...
ape2 pun..diharapkan kekalahan di 2 bukit ini..
menjadi pengajaran kepada komponen BN...

UMNO dulu kini dan selamanya

Sunday, April 5, 2009

Hati saya ada dalam Umno: Tun Dr Mahathir Mohamad






:
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyertai semula Umno hari ini berkata hati beliau tetap bersama Umno selama berada di luar parti hampir setahun lalu.
Bekas Presiden Umno itu berkata, tegurannya terhadap parti selama itu adalah untuk membina dan bukannya untuk menghancurkan parti.
"Walaupun berada di luar Umno, hati ada dalam Umno," katanya kepada pemberita di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria di sini, tengahari tadi.
Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bersama anak mereka, Datuk Mokhzani, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dua lagi anak Dr Mahathir iaitu Datuk Mukhriz dan Datuk Mirza turut hadir pada majlis itu.
Dr Mahathir keluar Umno pada 19 Mei tahun lalu selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.
Mengenai kaitan penyertaan semula beliau dalam Umno semasa pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan kini semasa pentadbiran anak Perdana Menteri kedua itu, Dr Mahathir secara berseloroh berkata:
"Itu pakatan kekeluargaan yang tidak disengajakan".
Dr Mahathir pernah disingkirkan daripada Umno di zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, pada 26 September 1969 kerana mengkritik kepimpinan Presiden Umno itu.
Beliau diterima masuk semula Umno pada 1972.
Ditanya peranan yang akan dimainkan beliau kelak, Dr Mahathir percaya seseorang pemimpin harus membantu Umno selepas bersara dan bukannya berpisah dengan Umno.
Mengenai jawatannya dalam Umno atau kerajaan kelak, Dr Mahathir berkata: "Tak payah".

Friday, April 3, 2009

*Transformasi Pucuk Pimpinan*





yehhh ak terlambat nak post psl perwakilan UMNO..
tahniah kepada TAN SRI MUHYIDIN YASSIN..menteri paveret ak cos menang naib presiden nampak
betui la kali ni transformasi ala2 AF..kih3x..
pertembungan muka baru and lama..
satu pertandingan yg sihat bg aku... paling menarik perhatian, jawatan ketua pemuda kot.. antara KJ, MUKHRIZ and KHIR TOYO...
ak konpom la sokong
MUKHRIZ tp malang nyer, KJ plak menang..
even KJ naek pun..sokongan ttp padu dr ak tuk UMNO...
ni pun,
PAK NAJIB da mek alih tampuk pimpinan negara..tahniah
hope dia boleh kembalikan keyakinan rakyat tuk UMNO.. jgn dok berpolitik jek..sampai ekonomi di lupakan.. tu la peringatan nyer...ekonomi da la tgh teruk ni..sian la student yg grad tahun ni(aku la tu) ape2 pun...
teruskan sokongan anda kepada
KERAJAAN MALAYSIA..
jgn asik nak cari salah jek..